Sunday, July 29, 2007

Menyingkap Keunggulan Tamadun Islam

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dengan kerjasama Institute for the History of Arabic-Islamic Science, Johannn Wolfgang Goethe University, Frankfurt German akan menganjurkan Pameran Kegemilangan Sains dalam Tamadun Islam: Sains Islam Mendahului Zaman bermula pada 8 Januari - 31 Mac 2007.

Matlamat utama pameran ini ialah untuk memperbetulkan persepsi masyarakat Islam bahawa pencarian ilmu bukanlah semata-mata kepada ilmu Naqli atau Ilmu Wahyu (Revealed Knowledge) sahaja tetapi juga ilmu Aqli (Akal) supaya wujud keseimbangan dalam pembangunan modal insan.

Kumpulan sasaran ialah para saintis, akademia, tokoh agama, ahli korporat, golongan professional, guru dan pelajar serta masyarakat umum.

Al-Haitham - Bapa optik moden

ABU Ali Hasan Al Haitham yang dikenali sebagai Alhazen di barat, merupakan Bapa Optik Moden. Beliau merupakan pakar fizik yang terunggul melalui sumbangan terhadap kaedah optik dan saintifik. Abu Ali Hasan dilahirkan pada 965 Masihi di Basrah dan mendapat pendidikan di Basrah dan Baghdad.
Beliau merantau ke Mesir dan Sepanyol tetapi hidupnya banyak dihabiskan di Sepanyol dengan mengendalikan penyelidikan mengenai optik, matematik, fizik, perubatan dan pembangunan kaedah saintifik.

Kepentingan menguasai ilmu yang bermanfaat

Al-Quran memberikan asas tentang ilman nafia atau ilmu yang bermanfaat dan yanfaunnas atau sesuatu yang memberi manfaat kepada manusia. Sejarah pertumbuhan ilmu dan tamadun Islam telah menyebabkan ia tidak tertutup untuk memanfaatkan faedah berbanding dari tradisi keilmuan orang lain. Ada asas-asas universal yang terdapat pada ilmu yang berkenaan yang tidak bercanggah dengan faktor akidah dan syarak.
Kunjungan al Biruni ke India, pengembaraan Ibn Battuta ke serata ceruk dunia, penguasaan al Farabi, Ibn Sina terhadap ilmu-ilmu falsafah Greek-Yunani, anjuran Rasulullah supaya ilmu dituntut hingga ke negeri China.
Begitu juga kaedah menebus diri tawanan perang dengan mengajarkan anak-anak Islam kemahiran membaca dan menulis pada zaman Rasulullah. Semuanya adalah asas sandaran bahawa di samping pemerkasaan ilmu-ilmu Islam, ilmu yang bermanfaat dari tradisi dan tamadun lain harus dicari selagi ia tidak bercanggah.
Lebih-lebih lagi dewasa ini umat Islam menjadi pengguna kepada ilmu-ilmu sains dan teknologi dari Barat dan Timur. Hasil kekuatan sains dan teknologi ini kuasa-kuasa Barat memiliki upaya menakluk dan menjajah dan kuasa-kuasa sedang muncul sebagai negara maju dan bakal menjadi kuasa besar.

Kategori:Sains

merupakan percubaan untuk memperkembangkan pengetahuan yang boleh memberikan keterangan-keterangan terhadap alam fizikal yang paling sempurna dan yang boleh memberi ramalan yang paling tepat serta tekal. Pencerapan, pengujikajian dan pemikiran kritis kesemuanya memainkan peranan yang penting dalam kemajuan pengetahuan saintifik.

Sains Sesuatu disciplin biasanya dianggapi sebagai sebuah sains jikalau pengamalnya menggunakan kaedah saintifik. Kaedah tersebut meliputi pembentukan hipotesis yang boleh diuji lalu diikuti dengan percubaan-percubaan untuk menyangkalkannya melalui pertimbangan kritis, pengujikajian dan pencerapan. Sebuah hipotesis yang telah diuji dengan rapi di bawah berbagai-bagai keadaan dan yang masih tidak dapat disangkal, akan diterima buat sementara sebagai anggaran kebenaran. Walaubagaimanapun, secara kritis, ia masih tetap merupai sebuah "teori" ataupun "tekaan" disebabkan pencerapan pada masa hadapan mungkin dapat menyangkalkannya.

Sains fizikal seperti fizik, kimia dan astronomi menyelidiki alam semesta fizikal, sedangkan sains hayat seperti biologi membuat penyelidikan tentang proses-proses hidupan. Sebaliknya, sains kemasyarakatan seperti ekonomi, psikologi, antropologi dan sains politik menyelidiki tingkah laku manusia.

Wednesday, July 25, 2007

Tuesday, July 24, 2007

Selamat Datang

24Julai 2007
Hari ini saya diajar tentang bagaimana untuk membina laman web.Saya telah membina blog untuk kegunaan saya disini. Mula-mula saya diajar untuk membuat akaun emel menggunak perhidmatan GMAIL dari syarikat website GOOGLE
.

25 Julai 2007
Di samping itu,saya juga telah membuat link untuk jaringan rakan saya.saya juga tidak lupa akan bersembang-sembang dengan rakan saya.Cara untuk mendaftar cbox ialah dengan menaip
www.cbox.ws.Saya dibantu oleh cikgu zul dengan ini saya mendapat banyak pengalaman.

Monday, July 23, 2007

Gambar Saya

Inilah rupa saya semasa saya mengamuk

Selamat Datang

Selamat datang ke blog saya.